Friday, January 7, 2011

Cerita Kehidupanku.

Menyelami kisah pahit & manis aku sebagai anak bongsu kepada Haji Saad (bapa) dengan Hajjah Rokhiyak (ibu)... Aku dilahirkan pada 21 Mac 1991 bersamaan dengan 4 ramadhan 1412... Aku dilahirkan pada pukul 3.45 pagi di Louders Medical Centre, jalan Ipoh, Kuala Lumpur... Nama yang diberi ialah Khairulazfar bin Saad... Aku mempunyai 3 orang abang & seorang kakak... Ketika umur aku 5 tahun, aku mendapat pendidikan pertama di Tadika Islam Nur Ehsan... Selama 2 tahun aku menuntut ilmu di situ... Setelah tamat zaman tadika aku, aku meneruskan pembelajaran aku di Sekolah Kebangsaan Desa Setapak... selama 6 tahun berada di sekolah tersebut & aku memperolehi keputusan peperiksaan UPSR yang memberangsangkan... Harapan ibuku ingin melihat aku menjadi salah seorang pelajar tahfiz didalam adik beradik aku... Lalu aku dihantar ke Maahad Tahfiz At Tijarah di Kampung Baru, Kuala Lumpur... Di situ aku banyak menimba ilmu - ilmu tentang keagamaan... namun begitu, harapan ibuku tidak tercapai kerana sekolah tersebut tidak memenuhi kehendak pembelajaran aku sebagai rakyat Malaysia... Aku meneruskan pembelajaran aku ke Sekolah biasa iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan aku... Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 adalah sekolah dimana aku menuntut ilmu sebagai pelajar sekolah menengah... Selama 2 tahun aku berada di sekolah tersebut iaitu tingkatan 2 & 3... Pengalaman aku yang menarik di sekolah tersebut ialah menyertai Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM)... Selama 2 tahun juga aku telah menyertai sebanyak 3 kali pertandingan dalam silat seni... Akan tetapi kemenangan tidak memihak dipihak aku disetiap pertandingan silat seni yang aku sertai... Aku rasa seronok dapat menjadi wakil sekolah aku didalam bidang silat ini... Aku menamatkan pengajian aku sehingga tingkatan 3 & berjaya menduduki peperiksaan besar ke 2 aku, PMR... Keputusan kurang memberangsangkan dari yang sebelum ini... Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi, aku memohon untuk ke sekolah teknik... sementara menanti keputusan tawaran tersebut aku masih meneruskan pembelajaran aku di SMKWM2 selama sebulan... Pada 20 Januari 2007 aku menyemak keputusan tawaran ke sekolah teknik secara "online" di internet... Aku berjaya mendapat tawaran tersebut... Aku ditempatkan di Sekolah Menengah Teknik Gerik, Perak... Tarikh mendaftar ke sekolah tersebut pada 29 Januari 2007... Pengalaman paling kelakar aku dekat sekolah teknik ini ialah surat tawaran tidak sampai ke rumah... Dengan hati yang tenang & tanpa berfikir panjang... Aku "SLUMBER" jer mendaftar... Nasib baiklah Penolong Kanan dia ada simpan maklumat tentang aku dekat sekolah mereka... Aku mendapat kursus dalam kejuruteraan elektrik & elektronik... Dekat sekolah ini pula aku aktif dalam kadet bomba & softball... Aku juga telah menjadi wakil sekolah tersebut didalam kawad peringkat daerah & pertandingan softball peringkat negeri... Mana - mana pertandingan yang aku sertai memang tidak akan menang... Subjek kegemaran aku di sekolah teknik ini ialah lukisan kejuruteraan... Alhamdulillah setiap kali ujian dapat A1... SPM adalah peperiksaan besar terakhir aku & dengan keputusan SPM yang aku perolehi, aku telah dapat melanjutkan pelajaran aku ke universiti iaitu Universiti Mara Malaysia (UiTM) kampus Segamat, Johor... Di UiTM pula aku telah bertukar kursus diploma dalam sains komputer...


7 comments:

KyêrulL said...

heE :D

Khairulazfar Saad said...

haA ^_^

kero farahana said...

post ler pic ko silat mase kecik2 dulu 2..kih3

Airieda said...

wah...adik dah start ber'blog' juga...anyway congrats & keep it up!! (^_^)...jgn hangat2 tahi ayam ajer...

Khairulazfar Saad said...

kero; dh mcm facebook pulak aku bls² comment ko... kih3... gmbr time silat ada... nnt aku update... ^_^

kak eda; azam 2011 ni... :D

nabeehah mohd ehsan said...

KARANGAN MEST GRADE A+++
heehhee :P

Khairulazfar Saad said...

nabeehah; kalau larh btol kn best... xdpt A lorh... sedih jer... :D